Suspek samun RM2 juta direman seminggu

Suspek samun RM2 juta direman seminggu

HUSSEIN Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun tujuh dulang barang kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya Kota Damansara direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 32 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi sebelum perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan.

“Rakan suspek yang bertindak sebagai transporter sudah dikenal pasti dan dijangka menyerah diri dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan seorang lelaki yang menyamun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam di sebuah lokasi di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Katanya, polis turut menemukan semula sejumlah barang kemas dan senjata api yang disyaki digunakan ketika jenayah itu.

Dalam kejadian samun itu berlaku jam 4.56 petang, seorang lelaki tempatan menggunakan sepucuk pistol menyamun kedai emas itu.

Sebanyak tujuh dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM2 juta dilarikan sebelum suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Persona yang menunggu di luar pasar raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN