Suri rumah parah terjatuh pangsapuri selepas bertengkar

Suri rumah parah terjatuh pangsapuri selepas bertengkar

LOKASI di mana seorang suri rumah cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Cheng, Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA :Seorang suri rumah cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Cheng di sini pagi tadi, selepas pertengkaran dengan suaminya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi apabila mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan terjun dari balkoni rumahnya selepas pertengkaran dengan suaminya, yang berusia 33 tahun.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.55 pagi daripada seorang jiran yang terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati mangsa terbaring di bawah pangsapuri.

“Siasatan awal mendapati pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2023 dan masih belum dikurniakan cahaya mata,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan serius kini sedang menerima rawatan di hospital, manakala siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Kita masih berusaha mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN