Surai trafik berkala kurangkan kesesakan lalu lintas

Surai trafik berkala kurangkan kesesakan lalu lintas

SIK Choon Foo menyerahkan pek makanan kepada pengguna jalan raya di Stesen Penguatkuasaan JPJ Mentara (SPK Mentara), Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GUA MUSANG: Polis menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengawal kesesakan lalu lintas di daerah ini bagi membolehkan kenderaan perantau bergerak secara terkawal.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, sejak Khamis lalu pihaknya membuat penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas berdasarkan situasi semasa aliran trafik.

“Kesesakan lalu lintas bermula sejak tiga hari lalu hari ini dijangka kemuncak anak perantau balik ke Kelantan. Kita sudah buat penyuraian trafik sejak tiga hari lepas dan hari ini juga kita buat penyuraian trafik secara berkala,” katanya.

Choon Foo berkata demikian ketika selepas mengagihkan sumbangan 300 pek makanan ringan kepada pengguna jalan raya sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Lion Club Gua Musang dan Ladang Sungai Terah di Stesen Penguatkuasaan JPJ Mentara (SPK Mentara).

Dalam perkembangan lain, Choon Foo berkata, sepanjang enam Hari Op Lancar yang bermula 23 Mac lalu pihaknya merekodkan sebanyak 24 kes kemalangan yang berlaku di daerah ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya