Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama 5,000 rakyat

Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama 5,000 rakyat

Sultan Selangor Aidilfitri
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni dan bersalaman dengan jemaah yang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dan d
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan kepimpinan exco negeri.

Sebelum dan selepas selesai menunaikan solat, Sultan Sharafuddin turut berkenan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Sementara itu, dalam khutbah bertajuk Aidilfitri: Kembali kepada Fitrah yang dibacakan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir menyeru umat Islam memperbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa.

“Aidilfitri mengingatkan kita bahawa fitrah manusia pada hakikatnya mengenali dan bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan Maha Pencipta yang mentadbir alam ini.

“Selain itu, ia mengajar kita cenderung kepada mentauhidkan Allah dan menerima agama Islam yang diutuskan sebagai cara hidup sesuai dengan fitrah,” katanya.

Tambah beliau, umat Islam perlu bersyukur kerana telah kembali kepada fitrah diri yang bersih dan suci pada Aidilfitri ini.

“Kita perlu menjalani hidup dengan cara hidup Islam kerana agama ini satu-satunya agama di sisi Allah yang selaras dengan fitrah kejadian manusia.

“Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hubungan sesama muslim kerana hakikatnya kita bersaudara dan saling memerlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya