Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan empat syarikat - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan empat syarikat

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan daripada empat syarikat di Istana Iskandariah Kuala Kangsar semalam. - UTUSAN/IHSAN MAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menyerahan bayaran zakat perniagaan daripada empat syarikat berjumlah RM3,064,237.08 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dalam majlis yang diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar semalam, penyerahan zakat itu didahului oleh syarikat Belati yang diwakili Pengarahnya, Mohamad Akmal Johari berjumlah RM885,000.

Johawaki Plantation Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Anizam Bakar menyerahkan zakat perniagaan RM290,000, diikuti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Mohd. Azhar Mohd. Yusof yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif berjumlah RM1,089,237.08.

Penyerahan zakat terakhir oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diwakili pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkefli Abdullah sebanyak RM800,000.

Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah kepada Pengurus Besar Single Business Unit (SBU) Pungutan Zakat dan Wakaf MAIPk, Ahmad Nazim Md. Tajuri.

Ia disaksikan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh, serta yang turut hadir ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin.

Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan dengan majlis iftar bersama kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Perak, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan negeri, Persekutuan dan badan berkanun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya