Sultan Kedah cemar duli sempurna agihan zakat 

Sultan Kedah cemar duli sempurna agihan zakat 

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan wakalah agihan zakat kepada UUM yang diterima Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan pada majlis di Kompleks Pembangunan Asnaf LZNK di Mergong, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Majlis Agihan Zakat dan Berbuka Puasa Tahun 2025 di Dewan Utama Kompleks Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Mergong di sini. 

Pada majlis sama, baginda mencemar duli menyempurnakan gimik pelancaran sedekah LZNK sebelum menerima zakat perniagaan daripada tiga syarikat korporat terdiri Tenaga Nasional Berhad, CIMB Islamic Bank dan E-Idaman Sdn. Bhd. 

Sultan Sallehuddin turut berkenan mengurniakan Wakalah Agihan Zakat kepada empat agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Pejabat Kewangan Negeri Kedah dan Petronas Chemical Fertiliser Kedah Sdn Bhd. 

Selain itu, Sultan Kedah mengurniakan keseluruhan agihan zakat mengikut sektor utama dengan jumlah keseluruhan RM370 juta melibatkan sektor makanan dan sara hidup, bina dan baik pulih rumah, pendidikan, kesihatan dan kebajikan mualaf.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali berkata, majlis diadakan bagi mempromosikan kepada masyarakat awam berkaitan jumlah peruntukan dan skim agihan zakat yang akan diagihkan oleh LZNK bagi tahun 2025. 

“Baginda Sultan turut mencemar duli mengurniakan agihan zakat fitrah 2025 kepada asnaf mengikut kategori fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah berjumlah RM14.48 juta kepada enam wakil penerima,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya