KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat berkunjung ke Bazar Ramadan Bangsar di Jalan Telawi di sini, hari ini.
Menerusi hantaran di platform Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara.
Keberangkatan Seri Paduka diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah. – UTUSAN