Sultan Ibrahim, Anwar jalan kaki sekitar Bukit Bintang

Sultan Ibrahim, Anwar jalan kaki sekitar Bukit Bintang

SULTAN Ibrahim bersama Anwar berjalan kaki di sekitar ibu kota pagi tadi. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan di sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Muat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, baginda bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.

Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.

Anwar turut berkonsikan aktiviti Sultan Ibrahim bersama beliau itu di akaun media sosial miliknya.

“Pagi tadi sempat luang waktu bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beriadah santai sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara usai sesi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mesyuarat mingguan,” kata Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya