Suami isteri warga emas ditahan disyaki sengaja langgar pemandu lori - Utusan Malaysia

Suami isteri warga emas ditahan disyaki sengaja langgar pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki sengaja melanggar lari seorang pemandu lori dalam kejadian di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita berusia 63 tahun yang juga ibu mangsa pada 4.54 petang semalam.

Katanya, berdasarkan laporan, pengadu mendakwa anak lelaki berusia 42 tahun dilanggar sebuah kenderaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan tidak boleh bergerak.

“Pengadu kemudian terus ke lokasi kejadian di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang dan membawa anak lelakinya ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Bertindak atas laporan, beliau berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan mendapati terdapat satu rakaman video papan pemuka kenderaan awam yang merakam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakaman memaparkan sebuah kenderaan dengan sengaja melanggar mangsa yang turun dari lori dipandunya sehingga diseret ke tengah pemba hati jalan sebelum kenderaan suspek beredar.

“Polis kemudian mengesan dan menahan suami isteri warga tempatan untuk membantu siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Susulan itu, dua individu, masing-masing berusia 73 dan 65 tahun itu ditahan pada 11.15 malam tadi,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd.

Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya