Suami isteri tak mengaku gaji 30 pekerja asing tanpa permit

Suami isteri tak mengaku gaji 30 pekerja asing tanpa permit

CHONG Chen Huei (kiri) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang atas dakwaan menggajikan 30 pekerja asing tanpa permit yang sah.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Gara-gara menggajikan 30 pekerja asing tanpa permit yang sah bulan lepas, sepasang suami isteri terpaksa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Chong Chen Huei, 48, dan isteri, Puji Astutiningsih, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah mengambil sehingga 30 pekerja warga Indonesia tanpa pas atau permit yang sah di sebuah kediaman di Jelutong, kira-kira pukul 10 pagi, 27 Februari lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1659/1963, Akta 155 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Inspektor Wan Muhammad Syamim Wan Azmi manakala tertuduh pula diwakili peguam, M Sharmila.

Terdahulu, ketika prosiding, Wan Muhammad Syamim memohon agar mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM15,000 terhadap Chen Huei yang juga seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Puji pula tidak ditawarkan sebarang jaminan memandangkan dia merupakan seorang warga asing.

PUJI Astutiningsih (kanan) bersama pasangannya mengaku tidak bersalah menggajikan 30 pekerja asing tanpa permit ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Chen Huei dengan seorang penjamin manakala wang jaminan yang ditetapkan untuk isterinya pula adalah sebanyak RM30,000 beserta dua orang penjamin warga Malaysia.

Pada masa yang sama, pasangan suami isteri itu turut diarah untuk menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai. Syarat tambahan turut dikenakan kepada Puji iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Kes akan disebut pada 15 April depan sementara menunggu serahan dokumen berkaitan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya