Suami isteri, pengarah disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta

Suami isteri, pengarah disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suami isteri dan seorang pengarah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac terhadap dua suspek lelaki dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 60-an itu ditahan antara pukul 3 petang hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara bulan April hingga Oktober 2018.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek masing-masing merupakan pengarah dan konsultan syarikat disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM8.4 juta,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya