Suami isteri maut Myvi bertembung lori - Utusan Malaysia

Suami isteri maut Myvi bertembung lori

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan dua mangsa dalam kereta Perodua Myvi yang kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung di Sik. -IHSAN JBPM KEDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Dua individu dipercayai pasangan suami isteri maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah lori di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung, di sini petang tadi.

Mangsa, Lukman Hakim Mohd. Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.16 petang.

“Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori 10 tan. Terdapat dua mangsa tersepit di dalam Perodua Myvi. Kedua-duanya dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya