Suami isteri maut, anak cedera dalam kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, anak cedera dalam kemalangan dua kereta

KEADAAN kereta dinaiki suami isteri yang maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kuala Kurau di Parit Buntar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Batu 9, Jalan Pantai Kuala Kurau di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut ialah lelaki berusia 59 tahun yang memandu kereta dan isterinya berusia 66 tahun.

Menurutnya, anak lelaki pasangan itu yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan.

Sabarodzi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 7.29 pagi melibatkan kereta jenis Perodua Kelisa dan Honda City.

“Pemandu lelaki berusia 59 tahun yang memandu kereta jenis Kelisa dan isterinya berusia 66 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala anak lelaki mereka berusia 13 tahun yang turut berada di dalam kereta mengalami kecederaan.

“Pemandu kereta jenis Honda City tidak dapat dikesan di tempat kejadian.

“Operasi penyelamatan oleh komander operasi bersama lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya