Steve Madden lancar koleksi raya, pilih Ameera Zaini - Utusan Malaysia

Steve Madden lancar koleksi raya, pilih Ameera Zaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama antarabangsa, Steve Madden memperkenalkan koleksi eksklusif House of Steve: Raya Edition serbagai pilihan pembeli sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menariknya, jenama tersebut turut berkolaborasi dengan pengacara dan usahawan, Ameera Zaini yang teruja bekerjasama dengan jenama antarabangsa itu.

“Ini adalah kolaborasi pertama Ameera Zaini dengan jenama antarabangsa. Saya sangat teruja sebab kita tahu jenama tersebut menjadi pilihan ramai.

“Bila hijab dan produk itu disatukan, ianya satu kolaborasi yang sangat baik,” katanya.

Dihasilkan dengan sentuhan fesyen yang elegan dan sofistikated, koleksi ini direka khas untuk mereka yang ingin menyambut Raya dengan gaya yang lebih moden dan mewah.

Untuk sambutan Raya yang penuh glamor, koleksi Festive Elegance menawarkan kasut bertatahkan kristal, beg anyaman, dan sandal yang bergaya.

Setiap item direka untuk memberi keseimbangan sempurna antara kemewahan dan daya tarikan kontemporari.

Antara koleksi menariknya ialah Beg Benno yang chic dengan sentuhan quilted dipadankan dengan sandal Zellie, mencipta gaya raya yang moden dan bergaya.

Koleksi Sandre, Accords, Ensemble, dan Justice menampilkan perincian kristal yang memukau, warna metalik, fabrik bercetak, dan wedges platform yang memberi sentuhan berkilau yang pastinya menjadi perhatian.

Bagi pembeli yang mencari pilihan bergaya selain daripada acara perayaan, Steve Madden mempersembahkan koleksi yang serba boleh, sesuai dipakai sepanjang hari.

Koleksi ini menampilkan beg tangan yang menjadi pilihan utama dan sandal ultra-selesa yang boleh dipakai untuk acara kasual mahupun elegan.

Untuk koleksi menarik ini ialah Bevelyn: Beg tangan berstruktur yang timeless, dengan sentuhan moden yang elegan.

Manakala, Mayven Dan Mona: Sandal minimalis yang direka untuk keselesaan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.

Koleksi House of Steve Raya Edition akan tersedia di semua cawangan fizikal Steve Madden di seluruh Malaysia dan juga secara dalam talian.

Peminat jenama tersebut boleh mendapatkan perkambangan terkini menerusi media sosial atau lawati laman web rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya