SPRM buka dua kertas siasatan isu rasuah Sapura Energy

SPRM buka dua kertas siasatan isu rasuah Sapura Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan susulan maklumat diterima berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.

Menurut sumber, siasatan itu berdasarkan siasatan awal dibuka SPRM pada penghujung 2023 turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat membabitkan syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan melibatkan tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan berkata, kertas siasatan dibuka dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya