SPRM akan panggil semula Ismail Sabri - Utusan Malaysia

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Menurut sumber, SPRM telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Bera itu pada minggu lalu.

“Ia hasil maklumat yang diterima dan risikan terbaharu, SPRM telah memanggil dan menemuduga beliau (Ismail Sabri) kira-kira lima jam bagi membantu siasatan.

“SPRM tidak tolak kemungkinan akan memanggil semula beliau, namun bergantung pada masa dan keadaan terutama tahap kesihatannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan empat bekas pegawai termasuk dua bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri direman SPRM pada 21 Februari lalu kerana disyaki terbabit rasuah.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.

Penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Khamis lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, , lapan lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9 itu.

Difahamkan, beberapa kes sedang disiasat oleh SPRM ketika ini dan antaranya membabitkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN