SK Lanai, Lipis sekolah angkat OUM

SK Lanai, Lipis sekolah angkat OUM

AHMAD Izanee Awang (tengah) bersama murid SK Lanai, Lipis yang menerima sumbangan peralatan sekolah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Terbuka Malaysia (OUM) memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Lanai daripada komuniti Orang Asli suku kaum Semai di Pos Pantos, Lipis dijadikan sekolah angkat universiti itu tahun ini.

Naib Canselornya, Prof Dr. Ahmad Izanee Awang berkata, proses tandatangani perjanjian persefahaman (MoU) akan dilakukan setelah mendapat persetujuan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Beliau berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah sebahagian daripada komitmen universiti untuk membantu masyarakat luar bandar termasuk komuniti Orang Asli.

“Selain itu program CSR di sekolah ini bertujuan meningkatkan mutu pendidikan serta memperkasakan komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada komuniti itu,” ujarnya kepada Utusan Pelajar selepas Program Jiwa Komuniti Madani di SK Lanai, Lipis baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk bengkel pembelajaran interaktif, motivasi pelajar, program Fun Learning serta ceramah keibubapaan bagi membantu ibu bapa memahami kepentingan sokongan terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Dalam majlis itu seramai 80 murid yang tinggal di asrama SK Lanai dan 20 keluarga asnaf daripada lima kampung berdekatan menerima bantuan kelengkapan sekolah dan bakul makanan.

Guru Besar SK Lanai, Rosman Salleh menyambut baik usaha OUM dan menyifatkannya sebagai satu inisiatif yang memberi impak besar kepada sekolah serta hampir 200 murid dari darjah Satu hingga Enam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN