Siti Nurhaliza jadi pilihan Raja Britain

Siti Nurhaliza jadi pilihan Raja Britain

siti nurhaliza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagu Anta Pemana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah satu daripada muzik pilihan Raja Britain, Raja Charles III.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi media sosial The Royal Family, yang menghimpunkan senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.

“Saya ingin berkongsi dengan anda lagu-lagu yang telah membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.

“Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama,” ujar Raja Charles III.

Senarai lagu tersebut telah dikumpulkan menerusi platform Apple Music dengan tajuk His Majesty King Charles III’s Playlist.

Selain Siti, antara artis antarabangsa lain yang berada dalam senarai itu ialah Raye, legenda muzik Grace Jones, ikon reggae Bob Marley, serta diva pop Diana Ross. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN