Sistem mapan, kurang ketirisan jana kutipan cukai 2024

Sistem mapan, kurang ketirisan jana kutipan cukai 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencerminkan keberkesa­nan sistem percukaian negara yang semakin mapan, sekali gus mengurangkan ketirisan dalam kutipan hasil.

Selain itu, peningkatan tersebut juga boleh didorong oleh penambahbaikan dalam sistem pungutan yang lebih cekap serta pertambahan jumlah pembayar cukai, ter­masuk pematuhan yang lebih baik dalam kalangan individu dan syarikat.

Menurut Pensyarah Ka­nan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak, kutipan cukai yang lebih tinggi menandakan pertumbuhan ekonomi yang stabil serta peningkatan pendapatan individu dan syarikat.

Beliau berkata, jika eko­nomi berkembang secara adil dan menyeluruh, lebih ramai individu dan syarikat akan memperoleh pendapatan mencukupi untuk dikenakan cukai, sekali gus meningkatkan bilangan pem­bayar cukai dan me­nyumbang kepada pertumbuhan hasil negara.

“Sebagai contoh, sektor teknologi dan perkhidmatan yang berkembang pesat di Malaysia menyumbang kepada peningkatan pendapatan boleh cukai. Dengan dasar percukaian yang konsisten dan pertumbuhan ekonomi yang stabil, kutipan cukai dijangka terus meningkat.

“Namun, faktor luar se­perti turun naik harga komoditi atau krisis ekonomi global boleh mempengaruhi jumlah kutipan cukai dari tahun ke tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

LHDN berjaya mencatat kutipan cukai langsung tertinggi berjumlah RM184.805 bilion pada tahun lalu, iai­tu meningkat sebanyak RM1.465 bilion berbanding tempoh sama pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu sekali gus melonjakkan hasil pendapatan negara atas kecekapan badan itu untuk memastikan setiap warganegara meme­nuhi tanggungjawab membayar cukai tanpa terkecuali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya