Sindiket proses dadah, vape tumpas

Sindiket proses dadah, vape tumpas

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket memproses dadah dan katrij rokok elektronik (vape) dengan rampasan dadah bernilai bernilai RM11 juta dalam empat serbuan di Lembah Klang, 26 Februari lalu. 

Serbuan bermula 2 petang hingga 10.20 malam itu  dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menahan empat suspek termasuk wanita berusia antara 26 hingga 42 tahun. 

Katanya, serbuan pertama dijalankan di Jalan Gombak dengan menahan lelaki dan wanita tempatan berusia 26 dan 42 tahun didapati positif methamphetamine. 

“Ia membawa kepada serbuan kedua di Taman Kuchai Jaya Jaya melibatkan suspek lelaki berusia 35 tahun berperanan ahli kimia lelaki untuk memproses katrij vape. 

“Suspek mempunyai 13 rekod jenayah dadah dan didapati positif ampetamin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. 

Menurutnya, serbuan ketiga dijalankan di Taman Sungai Besi dan menahan lelaki berusia 27 tahun dipercayai penghantar dadah dan penjaga stor. 

Katanya, pihak polis merampas 62.64kg pil ekstasi, 20.78kg syabu, 5.23kg ketamin, 1.15kg pil erimin 5 dan 214 unit kartrij vape dianggarkan bernilai RM11.53 juta

“Kami percaya sindiket ini mencampurkan pelbagai jenis dadah ke dalam cecair vape sebelum menjualnya. Mereka menggunakan inap desa di sekitar ibu negara untuk menyimpan dadah dan memprosesnya di kondominium mewah,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket ini aktif sejak awal Januari.

“Dadah tersebut diperoleh dari sebuah negara jiran dan dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang. 

“Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 116,000 penagih,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya