Sindiket penyeludupan warga asing di Ampang tumpas

Sindiket penyeludupan warga asing di Ampang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket ejen penyeludupan dalam operasi khas di Ampang dekat sini, kelmarin.

Dua orang lelaki warga Indonesia ditahan dalam operasi itu dipercayai baru tiba di negara ini melalui pintu tidak diwartakan bersama seorang ‘transporter’ yang melakukan kerja mengangkut imigran larangan.

Dalam operasi itu, turut diselamatkan seorang wanita yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dijalankan atas maklumat awam serta risikan dengan menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang digunakan oleh seorang transporter.

Katanya, pemeriksaan mendapati pemandu atau transporter tersebut merupakan seorang wanita warga Indonesia.

“Pemeriksaan menemukan dua lelaki warga Indonesia yang baru tiba berada di dalam kenderaan tersebut. 

“Turut diperiksa dalam operasi itu, empat lelaki serta seorang wanita warga Indonesia yang turut berada di kawasan parkir dan dipercayai untuk menaiki kenderaan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, mereka mengaku untuk dihantar pulang ke negara asal melalui pintu yang tidak diwartakan.

Jelasnya, pasukan operasi turut menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dijadikan sebagai rumah penampungan atau transit bagi imigran larangan. 

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menemukan seorang wanita yang tidak berdaya disyaki sebagai mangsa eksploitasi. Wanita tersebut dipercayai telah diserahkan oleh majikan kepada ejen haram untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya. 

Tambanya, pihaknya turut menemukan beberapa pasport milik orang lain di bilik ejen haram atau transporter. 

“Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan menghantar imigran larangan pulang dengan bayaran mencecah sebanyak RM4,500 seorang melalui pintu yang tidak diwartakan. 

“Ejen haram atau transporter yang menguruskan kegiatan ini merupakan warganegara Indonesia dan kebanyakan imigran diambil dari sekitar Johor dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi turut menggunakan pendekatan mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang atau buruh paksa dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. 

Katanya, Imigresen telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya