PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan sindiket Op Birth iaitu mengurus sijil kelahiran lewat mendapati dokumen itu dijual pada harga mencecah RM50,000. Taktik digunakan sindiket ialah mengupah pemaklum atau pemohon yang menyamar sebagai waris bayi untuk mengemukakan dokumen kelahiran palsu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa pendaftaran. Menurut sumber, sijil kelahiran tersebut dijual kepada ibu bapa mempunyai anak angkat atau anak tidak mempunyai kewarganegaraan pada nilai antara RM10,000 ke RM50,000. Katanya, ejen akan menyediakan dokumen lengkap kelahiran yang diuruskan pengamal undang-undang dan doktor sebelum diserahkan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya