Sindiket dadah antarabangsa tumpas, RM14 juta dirampas

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, RM14 juta dirampas

M. KUMAR menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas daripada sindiket dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sindiket antarabangsa yang aktif memproses dan mengedar dadah sejak Julai tahun lalu tumpas selepas tujuh ahlinya diberkas dalam lima serbuan di Johor Jaya dan Gelang Patah.

Serbuan dijalankan antara 6 hingga 11 Mac itu berjaya menahan lima lelaki tempatan dan dua warga Taiwan berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah, peralatan memproses bahan terlarang, kenderaan, akaun bank serta barang kemas dengan nilai keseluruhan RM14.46 juta.

Kumar berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Iskandar Puteri dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor turut membongkar tiga makmal dadah serta sebuah kilang penyimpanan bahan haram itu.

“Sindiket ini beroperasi dengan menjadikan rumah teres dan banglo yang dikawal rapi sebagai lokasi memproses dadah.

“Manakala sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gelang Patah pula dijadikan stor penyimpanan sebelum diedarkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Dalam serbuan itu, pihak polis merampas 42.5 kilogram (kg) serbuk MDMA dan 182.8 kg syabu bernilai RM12.9 juta.

Tiga daripada lima suspek tempatan dipercayai bertindak sebagai ahli kimia sindiket.

“Mereka bukan ahli kimia bertauliah, sebaliknya belajar sendiri cara memproses dadah, kemungkinan melalui internet,” katanya.

Kesemua suspek kini direman hingga 20 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya