Siemens Malaysia lancar akademi latihan, pertingkat digitalisasi

Siemens Malaysia lancar akademi latihan, pertingkat digitalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemens Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens melalui kerjasama strategiknya dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Ketua Pegawai Eksekutif SG TVET Group, Datuk P. Sri Ganes berkata, ini adalah langkah dalam memperkasakan tenaga kerja serta membangunkan ekosistem pendigitalisasi melalui program latihan bertaraf antarabangsa yang sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0).

Menurut beliau, kerjasama itu turut mencerminkan komitmen Siemens Malaysia dalam melahirkan modal insan tempatan yang memiliki kemahiran relevan, selari dengan permintaan pasaran kerja dalam era industri moden yang semakin berkembang pesat.

“Program ini memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET dengan menawarkan kelayakan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf secara global, menjadikan mereka lebih kompetitif dalam pasaran kerja, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Dengan pelancaran Akademi Siemens ini, Malaysia kini berada di landasan yang lebih kukuh untuk melahirkan tenaga kerja bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini

Mengulas lanjut, Sri Ganes berkata, Akademi Latihan Industri Digital Siemens itu menawarkan program pensijilan berkembar daripada Siemens dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sekali gus memberikan kelebihan kepada graduan TVET dalam pasaran kerja.

Menurutnya, dengan kelayakan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf industri, graduan dijangka lebih berdaya saing dan mendapat pengiktirafan yang lebih luas.

Majlis dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof dengan disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya