Setiap tahun tolak tawaran GV sampai produksi segan -Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Setiap tahun tolak tawaran GV sampai produksi segan -Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Imran Ajmain, tidak berganjak daripada prinsip enggan menyertai program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV) walaupun menerima tawaran daripada pihak produksi setiap tahun.

Jelas Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, keputusan itu diambil melihat kepada dirinya yang kurang berpengalaman beraksi di pentas besar.

“Semua orang tanya bila saya mahu masuk pertandingan. Setiap tahun produksi tawarkan sertai GV sampai tahun lepas mereka pun segan mahu ajak lagi.

“Saya faham, sebagai senior dan penyanyi dari Singapura, keberadaan saya sangat bagus untuk program itu.

“Terus terang saya katakan, saya tidak layak. Rakan sebaya saya semua datang daripada program realiti, mereka ada pengalaman untuk pentas televisyen yang saya tiada.

“Sampai hari ini saya hanya berbekalkan dua lagu popular sahaja. Itupun sudah diaggap magis,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Sudu House, baru-baru ini.

Tambah penyanyi Seribu Tahun Lagi itu, dia lebih selesa menghasilkan lagu baru dan bernyanyi untuk peminat di showcase secara intim.

“Bila buat showcase dan bernyanyi selama dua jam, peminat akan bersorak dan sayang saya walaupun kadang saya lupa lirik atau ternyanyi sumbang. Mereka tetap sayang.

“Kalau masuk GV, tekanannya hebat. Saya tak rasa ada keyakinan. Saya hormat pilihan mereka yang lain contohnya penyanyi rock dulu berkumpulan kini tinggal seorang atau diva yang pernah popular suatu masa dulu kembali untuk bertanding.

“Tambahan pula saya tidak yakin boleh bernyanyi genre dangdut atau rock dalam program itu,” ceritanya.

Ditanya apakah impian terbesar penyanyi asal Singapura itu, Imran mahu lagunya tercalon dalam carta Muzik Muzik yang tidak pernah diperolehnya sebelum ini.

“Sekarang saya cuba mahu layak sahaja ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Tak mengapalah jika tidak membolosi pentas utama.

“Baru-baru ini saya ada ke AJL juga tengok kawan-kawan bernyanyi. Seram juga. Tapi kalau ada rezeki ke AJL, insyaAllah saya boleh lakukan dengan menjadi diri sendiri.

“Siapa tahu saya boleh jadi seperti Marsha yang cipta keajaiban selepas 20 tahun,” jelasnya.

Terdahulu, timbul beberapa kali khabar angin kononnya Imran Ajmain bakal menyertai program nyanyian Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, Imran tampil menafikan prerkara itu dan menegaskan tidak akan menyertai pertandingan nyanyian seperti kenyataan yang tular. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya