Seorang lagi mangsa kemalangan Taman Matahari Heights

Seorang lagi mangsa kemalangan Taman Matahari Heights meninggal dunia

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height di sini, Khamis lalu meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun, disahkan meninggal dunia pukul 7.23 malam ketika sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Menurutnya, mangsa ialah penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun dan punca kematian disebabkan poly trauma.

“Tiga yang parah masih dirawat di hospital sama iaitu pembonceng motosikal Honda Vario dan pemandu serta penumpang kereta Honda Jazz masing-masing berusia 18 dan 17 tahun,” katanya.

Sebelum ini, dua mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dan pembonceng, Muhammad Aswari Lotpi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya