Semua parti kerajaan dukung Perlembagaan, termasuk

Semua parti kerajaan dukung Perlembagaan, termasuk pertahan Islam

AHMAD ZAHID Hamidi menyampaikan sumbangan duit raya pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Zon Selatan 2025 di Masjid Ar Rahman, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mendukung semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mempertahankan agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru tidak timbul isu kononnya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sewajarnya dalam mempertahankan agama Islam.

Ujarnya, kerajaan menegaskan komitmen dalam memastikan keharmonian beragama di Malaysia terus terpelihara, sejajar dengan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita yakin Kerajaan Madani berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan, malah parti-parti dalam kerajaan juga mendukung prinsip ini.

“Apa pun agama yang diamalkan oleh rakyat negara ini, kita harus menghormatinya. Dalam al-Quran sendiri telah disebutkan bahawa kita mesti menghormati agama lain agar agama lain turut menghormati agama kita.

“Kita tidak mahu mana-mana individu atau kumpulan, sama ada beraliran kanan atau kiri, menggunakan isu agama untuk merosakkan keharmonian yang telah lama terbina,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Zon Selatan 2025 di Masjid Ar Rahman, Masjid Tanah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu melibatkan tiga penyampai radio yang didakwa mempersendakan agama Hindu.

Insiden itu telah mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perdebatan dalam media sosial.

Tambah Ahmad Zahid, isu berkaitan agama yang semakin hangat diperkatakan mutakhir ini perlu ditangani dengan bijaksana bagi mengelakkan sebarang ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Jelasnya, isu agama adalah perkara sensitif yang tidak boleh dipermainkan, apatah lagi dijadikan modal untuk menimbulkan ketegangan politik atau sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya