Sempat bawa keluar mayat sebelum van jenazah terbakar

Sempat bawa keluar mayat sebelum van jenazah terbakar

SEBUAH Toyota Estima yang digunakan sebagai van jenazah oleh Persatuan Kebajikan Pengurusan Jenazah Warga Terengganu (PJWT) terbakar di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tindakan pantas membolehkan jenazah seorang wanita warga emas dibawa keluar selepas Toyota Estima yang digunakan sebagai van jenazah terbakar dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kerengga, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, van jenazah diwakafkan kepada Persatuan Kebajikan Pengurusan Jenazah Warga Terengganu (PJWT) baru tiba di lokasi daripada Masjid Pulau Kerengga.

Pengasas PJWT, Che Mohamad Ibrahim Che Ghani berkata, kebakaran disedari berlaku oleh pemandu setelah melihat kepulan asap daripada bawah kenderaan tersebut.

“Selepas selesai solat jenazah di Masjid Pulau Kerengga, pihak PJWT membawa jenazah warga emas yang meninggal pagi tadi ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Kerengga.

“Sejurus selepas sampai dan enjin kenderaan dimatikan, pihak pengurusan berjalan menuju ke liang untuk meninjau terlebih dahulu. Hanya beberapa minit sahaja, suasana bertukar cemas apabila disedari van terbakar.

“Syukur, pihak PJWT dengan dibantu ahli keluarga arwah sempat bawa serta usung keluar jenazah dab terus menuju ke liang lahad. Pengkebumian dilakukan seperti biasa sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, van jenazah tersebut diwakafkan oleh seorang individu kira-kira empat tahun lalu dan pewakaf berkenaan telah menghubungi pihaknya untuk mewakafkan sebuah kenderaan lain sebagai ganti van jenazah yang terbakar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya