Selesaikan segera masalah tapak jualan bertakung air

Selesaikan segera masalah tapak jualan bertakung air

KEADAAN air yang bertakung meskipun sudah dua hari berlaku hujan lebat di Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Peniaga dan pembeli di Bazar Ramadan Sura Gate, di sini, merayu pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah tapak jualan di kawasan itu yang tidak rata sehingga digenangi air setiap kali hujan lebat.

Peniaga dan pembeli memberitahu, masalah di bazar itu yang juga merupakan tapak pasar malam bukan pertama kali berlaku, malah berlarutan sejak tahun lalu.

Tinjauan di bazar itu mendapati, meskipun hujan lebat sudah dua hari berlalu, masih ada antara kawasan yang digenangi air menyebabkan ada peniaga terpaksa menutup premisnya selain dua tapak kosong tidak disewa kerana masalah tersebut.

Seorang peniaga, Nor Hafazila Umar, 35, berkata, setiap kali hujan lebat, bazar itu digenangi air hingga paras buku lali menyebabkan mereka kekurangan pelanggan ketika hujan.

“Selepas hujan pun, kami terpaksa ambil inisiatif sendiri mencebok air bagi memastikan tiada air di kawasan kami berniaga.

“Air yang bertakung pula mengambil masa untuk kering. Memang kami agak tidak selesa dan penat kalau hujan,” katanya ketika ditemui di bazar itu, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pasar Minggu dan Pasar Malam daerah Dungun, Hassan Abdul Aziz berkata, sebelum ini, tapak bazar dan pasar malam itu siap diturap dan dilakukan kerja-kerja naik taraf.

“Bagaimanapun, selepas kerja-kerja itu dilakukan, masalah air bertakung itu berlaku mungkin disebabkan tapak itu diturap tidak sama rata.

“Kita telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab namun masalah ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya