Selangor sedia hulur bantuan kepada keluarga pelajar terbabit kemalangan di Jordan

Selangor sedia hulur bantuan kepada keluarga pelajar terbabit kemalangan di Jordan

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jordan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut yang melibatkan dua pelajar wanita dari Selangor, iaitu Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza.

“Saudari Sumayya dilaporkan mengalami cedera ringan, manakala Fatimah Nuha mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

“Pejabat saya telah berhubung dengan waris serta keluarga pelajar yang terlibat dan akan terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar terbabit.

“Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan pelajar yang terlibat dalam kemalangan itu agar mereka dapat pulih seperti sediakala,” ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, empat pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar Tahun Pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya