Sekarang bila balik rumah nasi sudah terhidang - Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Sekarang bila balik rumah nasi sudah terhidang – Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syafiq Kyle yang mengakui teruja menyambut bulan Ramadan bersama Mimi Lana buat pertama kali setelah bergelar suami isteri.

Menurut Syafiq, Ramadan kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya memandangkan sudah ada Mimi sebagai penyeri hidupnya.

“Tahun lalu, saya berpuasa seorang diri dan menyambut Aidilfitri di Makkah dengan menunaikan umrah.

“Mungkin itu adalah doa saya yang mengharapkan Ramadan seterusnya lebih bermakna. Alhamdulillah, itu juga doa daripada emak saya. Perkara baik seperti ini wajar kita raikan,” katanya.

Syafiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan perdana episod akhir drama bersiri, Gadis Masa, baru-baru ini.

Ditanya mengenai persiapan mereka sepanjang Ramadan, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu memberitahu dia dan Mimi hanya mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan masing-masing.

“Ramadan kali ini, saya tidak terikat dengan sebarang penggambaran. Jadi, saya boleh lebih fokus pada perniagaan. Mimi juga baru melancarkan produk barunya.

“Jadi dalam tiga hingga enam bulan pertama ini, kami akan memberi tumpuan kepada perniagaan masing-masing. Insya-Allah, selepas Aidilfitri, kami juga akan bekerjasama dalam satu projek bersama,” ujarnya.

Pada 14 Februari lalu, Syafiq mengumumkan dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Mimi setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup di Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya