‘Sedar diri, beri peluang pemimpin muda’

‘Sedar diri, beri peluang pemimpin muda’

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesedaran perlu timbul dalam kalangan wakil rakyat veteran untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda menerajui negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, langkah itu penting bagi memberi imej yang lebih segar dalam pentadbiran negara.

“Di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada disebut had umur seseorang untuk menjadi ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat. Ertinya Perlembagaan Persekutuan senyap membisu dalam soal had umur, berapa seseorang masih boleh menjadi ahli Parlimen.

“Maka terserah kepada parti politik dan individu berpolitik setua mana mereka masih ingin kekal menjadi ahli Parlimen atau berusaha menjadi ahli Parlimen, untuk mana yang belum pernah.

“Yang elok sendiri sedar diri, bagi peluang yang muda memimpin negara. Banyak contoh seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, John F. Keneddy, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Semuanya muda dan matang menjadi pemimpin negara mereka masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, mana-mana warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada 30 tahun; dan ahli Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

Bagaimanapun, dalam Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan menyebut, ahli Dewan Rakyat tidak kurang 21 tahun, kini telah dipinda menjadi tidak kurang 18 tahun.

Tambah Hassan, jika ahli politik yang telah berusia lanjut masih ingin kekal, maka mereka akan dianggap sebagai overstay (terlalu lama berkhidmat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya