Sebagai manusia, mereka juga buat silap - Azhar Sulaiman - Utusan Malaysia

Sebagai manusia, mereka juga buat silap – Azhar Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhar Sulaiman tampil membela nasib tiga penyampai radio, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin yang digantung kerja susulan isu menyentuh sensitiviti agama Hindu, baru-baru ini.

Secara peribadinya, Azhar yakin ketiga-tiga deejay radio itu bukanlah seorang yang mempunyai masalah perkauman namun, tidak terlepas dari membuat kesilapan.

“Saya berani cakap apa yang pasti berdasarkan sikap mereka sebelum insiden 3 Pagi Era, mereka bukan racist. Mereka tiada masalah bekerja dengan semua orang dan semua kaum.

“Mereka junjung Al Quran dan undang-undang negara tetapi sebagai manusia mereka tidak lari dari buat silap dan khilaf.

“Artis ini, termasuklah saya kalau depan kamera kadang-kadang boleh bertindak luar kawalan dan gila dengan perbuatan atau percakapan kami,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Tambah pelakon itu, sepatutnya pihak pengurusan juga perlu lebih peka dalam menapis segala kandungan sebelum memuat naiknya di media sosial.

Azhar juga mengakui tidak bersetuju dengan tindakan stesen radio terbabit menggantung perkhidmatan mereka sedangkan ketiga-tiganya hanya menjalankan tugas sebaiknya.

“Sudah menjadi praktis standard untuk pihak penyiar, editor atau pengarah memastikan tapisan apa yang boleh dan tidak boleh dimuat naik ke media massa.

“Saya kurang setuju mereka dikenakan tindakan sebab mereka adalah ‘kandungan’ pihak penyiar yang memuat naik hantaran kontroversi itu,” jelasnya.

Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbukal susulan penyiaran kandungan video mereka mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Semalam, ketiga-tiga penyampai program 3 Pagi Era itu bersama tiga lagi kakitangan stesen radio terbabit selesai memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya