Saya tiada kena mengena dengan Kim Soo Hyun - Seo Ye Ji - Utusan Malaysia

Saya tiada kena mengena dengan Kim Soo Hyun – Seo Ye Ji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kontroversi membabitkan pelakon, Kim Soo Hyun, semakin panas apabila bekas pekerja agensi bakat milik pelakon itu mendedahkan mereka sengaja mencipta fitnah untuk memburukkan reputasi Seo Ye Ji. 

Ketika itu, Seo masih lagi bernaung di bawah syarikat Gold Medalist milik Kim Soo Hyun namun memilih tidak meneruskan kontrak tidak lama selepas itu. 

Menurut individu tersebut yang tidak didedahkan identitinya, syarikat telah memberi informasi palsu kepada portal Dispatch kononnya Seo adalah kaki buli semasa di bangku sekolah selain berkelakukan biadap kepada staf. 

Pengakuan bertulis yang dimuat naik di media sosial itu menjadi tular sekali gus mencetuskan lebih banyak kemarahan peminat terhadap skandal membabitkan Kim Soo Hyun. 

Bagaimanapun, menerusi sebuah kemas kini di laman sesawang, pelakon, Seo Ye Ji menurunkan respons enggan lagi namanya dikaitkan dengan pelakon Queen of Tears itu.

“Saya hanya manusia biasa, perkara ini sangat melampau dan memberi tekanan kepada saya. Saya muak dan penat dengan semua ini. Saya bersabar dan bertahan tapi tersasar juga menuliskan komen ini.

“Saya harap semua orang dapat berhenti. Saya tiada kena mengena lagi dengan dia (Kim Soo Hyun) dan sepupunya. 

“Tidak tahulah kenapa saya kena terangkan perkara ini cuma malam ini saya sangat kecewa,” tulisnya ketika ditanya adalah pelakon itu bercinta dengan Kim Soo Hyun.

Terdahulu, Kim Soo Hyun berdepan kontroversi hebat apabila didakwa bercinta dengan Kim Sae Ron semasa gadis itu berusia 16 tahun. Hubungan mereka bertahan selama enam tahun sebelum putus pada 2021. 

Soo Hyun juga dikatakan menjadi punca Kim Sae Ron bertindak bunuh diri yang juga pada hari ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya