Sawah padi susut 58,002 hektar

Sawah padi susut 58,002 hektar

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluasan sawah padi di seluruh negara semakin menyusut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini daripada 672,084 hektar pada 2019 kepada 614,082 hektar pada 2023.

Penyusutan keluasan sebanyak 58,002 hektar itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya pertukaran tanaman, pemutihan kawasan, tanah bermasalah dan pertukaran status tanah daripada pertanian kepada pembangunan.

Berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Pertanian itu, penyusutan keluasan sawah padi yang direkodkan berisiko mengundang krisis keterjaminan makanan khususnya membabitkan bekalan beras iaitu makanan ruji rakyat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagi menangani isu keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang giat melaksanakan usaha mengekalkan kawasan tanah sawah melalui libat urus dengan agensi dan wakil kerajaan negeri berkaitan. 

Selain itu, katanya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggiatkan usaha untuk meningkatkan produktiviti hasil padi melalui meluaskan pelaksanaan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang berupaya meningkatkan hasil padi sehingga 36 hingga 50 peratus di sesetengah kawasan.

Tambahnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  turut menggalakkan pertanian baik dan penggunaan varieti benih padi berhasil tinggi dan tahan penyakit.

“Selain itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menggalakkan penggunaan teknologi pertanian moden seperti dron dan jentera bagi meningkatkan hasil padi. Contohnya, program SMART SBB Ala Sekinchan diperkenalkan untuk mempromosikan penggunaan teknologi dan pengurusan penanaman yang lebih sistematik.

“Tahun ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  memberi tumpuan kepada reformasi industri padi dan beras negara dengan matlamat memastikan kemandirian bekalan serta meningkatkan daya saing industri melalui pendekatan yang lestari dan mesra alam. 

“Langkah ini termasuk pengukuhan infrastruktur pengairan dan pembangunan jelapang padi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang memintanya menyatakan langkah diambil KPKM dalam menangani isu keterjaminan makanan susulan kawasan sawah padi semakin menyusut.

Mohamad berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah memperkenalkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021 – 2025 yang merangkumi lima teras strategik, 15 strategi dan 96 inisiatif.

“Pelan ini bertujuan memperkukuh sekuriti makanan negara dengan mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan, termasuk impak perubahan iklim.

“Melalui pelaksanaan langkah-langkah ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  yakin isu keterjaminan makanan negara dapat ditangani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya