Samsung, Hyundai tunjuk minat melabur di JS-SEZ

Samsung, Hyundai tunjuk minat melabur di JS-SEZ

ONN HAFIZ Ghazi (duduk, tengah) menerima kunjungan Duta Republik Korea serta wakil syarikat terkemuka negara itu di Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjaya menarik minat pelabur antarabangsa termasuk jenama-jenama global dari Korea Selatan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangannya positif itu merupakan hasil daripada lawatan kerja yang dijalankan pihaknya ke negara tersebut, tahun lalu.

Menurut beliau, antara syarikat-syarikat terbabit termasuklah SK Malaysia, Samsung C&T, Samsung SDS, Hyundai, Kiswire dan SPC Group.

“Johor menyambut baik hasrat syarikat Korea untuk terus melabur dalam infrastruktur termasuk pembangunan pusat data dan projek pembangunan utama di negeri ini. Kepercayaan ini membuktikan Johor semakin diiktiraf sebagai hab pelaburan utama di rantau ini.

“Pelaburan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat Johor,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Duta Republik Korea ke Malaysia, TYT Yeo Seung-Bae serta wakil-wakil syarikat terkemuka negara itu.

Tambah Onn Hafiz, antara sektor yang diberikan tumpuan termasuklah pembinaan, teknologi maklumat, tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan.

“Kami turut berbincang mengenai JS-SEZ, industri halal serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Johor Talent Development Council (JTDC). Inisiatif komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan ekosistem pelaburan kondusif bagi menarik pelaburan antarabangsa.

“Saya yakin pelaburan ini akan membawa impak positif kepada kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat Johor,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya