Salahkah pertahan kerusi kita menang?-Hajiji

Salahkah pertahan kerusi kita menang?-Hajiji

HAJIJI Noor (dua kanan) semasa beramah mesra dengan penuntut IPG semasa pelancaran sumbangan Sentosa di IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA KINABALU: “Salahkah kalau saya cakap kita pertahankan kerusi yang kita sandang. Fikir-fikirkanlah, jangan kerusi orang lain pun kita mahu ambil, macam mana kita mahu kerjasama.”

Demikian reaksi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengenai hasrat pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) Sabah yang mengintai kerusi disandang wakil rakyat GRS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Kata Hajiji, walau bagaimanapun itu merupakan pandangan peribadi pemimpin PH tersebut yang mungkin tidak mengetahui bahawa kerusi itu merupakan milik GRS.

“Saya bukan kacau (kerusi) orang lain, saya atur saya punya parti sendiri dan saya tidak mahu cakap panjang.

“Apa pun sebagai pemimpin kita kena mempunyai kebijaksanaan dan kematangan terutama sekali dalam urusan kita untuk bincang bersama-sama untuk kebaikan negeri ini. Niat kita adalah membangunkan Sabah, tidak ada niat lain,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (Sentosa) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang menyimpan hasrat bertanding di DUN Tempasuk yang disandang oleh Datuk Mohd. Arsad Bistari daripada GRS.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, partinya akan terus mempertahankan kerusi-kerusi yang sedia ada namun, pada masa sama, perbincangan akan turut diadakan dengan rakan parti komponen lain.

“Apa yang pasti GRS akan memperkenalkan calon yang boleh menang, mereka yang tidak boleh menang boleh tunggu,” katanya.

Mengulas tentang perbincangan agihan kerusi, Hajiji berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan parti-parti komponen GRS sebelum dibincangkan dengan rakan gabungan dalam kerajaan iaitu PH.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya