Sabah bina tangki simpanan tampung keperluan air 50 tahun

Sabah bina tangki simpanan tampung keperluan air 50 tahun

SHAHELMEY Yahya (tengah) semasa melancarkan Aneka Rasa Sutera di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembinaan tangki simpanan Skim Bekalan Air Ulu Padas di Kinarut atau Lok Kawi dijangka dapat menampung keperluan air di pantai barat Sabah bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, majlis pecah tanah bagi pembinaan tangki simpanan berkenaan akan dilakukan pada bulan April dan ia dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, itu antara inisiatif jangka panjang yang sedang dilakukan kerajaan bagi menangani masalah bekalan air di Sabah.

“Pada masa sama, kerajaan menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) juga sedang melaksanakan beberapa projek termasuk pemasangan paip bagi Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa 2 yang dijangka siap pada bulan Julai ini.

“Apabila ia sudah siap maka, LRA Telibong II Fasa 2 yang dapat menghasilkan 80 juta liter sehari (MLD) akan dapat disalurkan melalui paip berkenaan. 

“Dengan itu, ia dapat menyelesaikan masalah air di kawasan utara Kota Kinabalu,” katanya semasa melancarkan Aneka Rasa Sutera di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pembinaan Skim Bekalan Air Segera (UWSS) Kasigui yang dapat membekalkan lima MLD di kawasan Putatan dijangka siap pada bulan Mei.

Menurutnya, Projek LRA Kogopon Fasa 2 di Papar juga dijangka siap pada tahun depan yang mampu membekalkan air ke Papar utara dan sebahagian kawasan Putatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya