RUU ILTIZAM: Perkhidmatan kerajaan lebih cekap, mesra rakyat

RUU ILTIZAM: Perkhidmatan kerajaan lebih cekap, mesra rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (RUU ILTIZAM) diperkenalkan untuk memastikan urusan dengan kerajaan menjadi lebih pantas, mudah, dan efisien.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Kementerian Ekonomi dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan RUU ini bagi mengurangkan birokrasi serta membuang proses lama yang menyusahkan rakyat dan perniagaan.

Menurut JPA, undang-undang ini bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan urusan rasmi, serta memastikan sistem pentadbiran kerajaan lebih mesra pengguna.

“RUU ILTIZAM akan menjadikan urusan dengan kerajaan lebih cepat dan telus, selain membantu perniagaan berkembang dengan lebih mudah.

“Menerusi RUU ini, rakyat dan peniaga tidak perlu lagi melalui proses yang rumit atau menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

RUU ILTIZAM diluluskan Dewan Rakyat pada 6 Mac dan Dewan Negara pada 25 Mac, menjadikannya satu langkah penting dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan.

JPA menegaskan, perubahan ini bukan sekadar menambah baik sistem, tetapi juga mengubah cara kerja kerajaan supaya lebih cekap dan memberi manfaat kepada rakyat serta ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya