RUU baharu ganti Akta Pembantu Perubatan dibentang tahun hadapan

RUU baharu ganti Akta Pembantu Perubatan dibentang tahun hadapan

DZULKEFLY Ahmad ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merangka satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi menggantikan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 (Akta 180) yang dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang 2026.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dijangka dapat memperkukuhkan kedudukan dan peranan bagi lebih 20,000 pembantu perubatan (PPP) dalam sektor kesihatan awam dan lebih 25,000 pengamal dalam seluruh sektor kesihatan umumnya.

Beliau berkata, RUU tersebut bagi memastikan dasar dan kawal selia profesion PPP kekal relevan dan progresif. 

“Kerangka dasar dan kerangka asas RUU telah dirangka. Seawal-awalnya tahun 2026, namun tertakluk kepada Jabatan Peguam Negara dan giliran di Parlimen.

“Kebenaran sedang diperoleh untuk memulakan proses penggubalan tahun ini. Nama kod RUU ialah Rang Undang-undang Pengamal Paramedik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly berkata, Malaysia kini berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi peneraju sistem kesihatan digital di rantau ASEAN. 

Katanya, dengan peranan PPP yang semakin berkembang, KKM yakin Malaysia mampu menjadi model sistem kesihatan digital yang lebih cekap, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.

“Sebagai penggerak utama dalam transformasi sistem kesihatan, KKM menyeru semua PPP untuk terus meningkatkan kompetensi digital, mengadaptasi teknologi, dan berinovasi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

“Dengan kerjasama erat antara kerajaan, institusi latihan, sektor swasta dan PPP, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk membina sistem kesihatan yang lebih inklusif, cekap dan berimpak tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya