HULU TERENGGANU: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah diduduki mereka di Kampung Lubuk Batu, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kuala Berang, PBK 1 Mohd. Zaharim Yusof berkata pihak menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.30 malam.
“Seramai 14 kekuatan anggota termasuk bantuan daripada BBP Wakaf Tapai, Marang ke tempat kejadian. Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sementara kekal dihuni lima ahli keluarga.
“Kejadian mengakibatkan kemusnahan 100 peratus. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN