Rohami dilantik pemangku Pengarah JSJK ganti Ramli

Rohami dilantik pemangku Pengarah JSJK ganti Ramli

RAMLI Mohamed Yoosuf (kiri) menyerahkan tugas kepada Rohaimi (kiri) disaksikan Razarudin di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa, hari ini dilantik memangku jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman, berkuat kuasa serta-merta. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang bersara wajib selepas hampir 38 tahun berkhidmat dalam pasukan berkenaan.

Majlis serah terima jawatan berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. 

Razarudin dalam ucapannya memuji kepemmpinan Ramli yang berjaya memperkasakan siasatan dan meningkatkan kredibiliti jabatan tersebut. 

Beliau turut menekankan peningkatan jumlah serbuan dan tangkapan melibatkan jenayah komersial sepanjang tahun lalu. 

“Pada 2024, sebanyak 24,388 serbuan direkodkan, meningkat 6,167 serbuan berbanding 2023. Jumlah tangkapan turut mencatat peningkatan ketara dengan 25,829 tangkapan pada 2024, berbanding 22,911 pada 2023 dan 20,804 pada 2022,” katanya.

Razarudin juga menyoroti kejayaan Ramli dalam membuka dimensi baharu penguatkuasaan undang-undang jenayah komersial apabila Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tambahnya, langkah itu dianggap sebagai kemuncak kejayaan JSJK dalam usaha membanteras sindiket penipuan dalam talian, khususnya melibatkan penggunaan akaun keldai yang semakin berleluasa.

Sementara itu, Ramli berharap agar anggota dan pegawai di JSJK sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran baharu bagi menghadapi jenayah komersial yang semakin canggih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya