Rodziah sah bertanding Ketua Wanita PKR

Rodziah sah bertanding Ketua Wanita PKR

RODZIAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail bertekad untuk kembali menerajui Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin dengan pengalaman yang dimilikinya bagi memimpin sayap parti itu.

Rodziah mengesahkan dirinya akan bertanding jawatan Ketua Wanita PKR bagi sesi 2025-2028 sekaligus mencabar penyandang yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Insya-Allah sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada saya dalam pelbagai bidang serta kepercayaan yang diberikan sebelum ini, saya optimis untuk membentuk kepemimpinan baharu nanti.

“Kita boleh terus melangkah untuk membawa Wanita PKR ke depan. Perkara ini (bertanding) merupakan tekad saya untuk kembali menerajui Wanita PKR, walaupun jawatan terakhir saya dahulu adalah Timbalan Ketua Wanita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Hari Wanita Sedunia di Ampang dekat sini, malam tadi.

PKR dijadualkan mengadakan pemilihan di peringkat cabang bermula dari 11 hingga 20 April, manakala bagi kepemimpinan pusat akan berlangsung pada 24 Mei ini.

Semasa pemilihan 2022, Rodziah kalah tipis dengan perbezaan hanya 32 undi kepada Fadhlina yang memperoleh 18,923 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya