RM130,000 lesap gara-gara kripto

RM130,000 lesap gara-gara kripto

MOHD. SOHAIMI ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Perumpamaan itu sesuai ditujukan kepada seorang wanita yang bukan sahaja tidak memperoleh keuntungan lumayan seperti dijanjikan menerusi pelaburan mata wang kripto, malah wang pelaburannya bernilai RM130,000 turut lesap.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai ejen hartanah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan tentang peluang pelaburan tersebut.

“Mangsa kemudian menekan pautan yang diberi sebelum melakukan lima transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank berbeza bermula 21 November tahun lalu hingga 3 Januari tahun ini melibatkan wang berjumlah RM130,000.

“Walau bagaimanapun, mangsa tidak dibenar untuk mengeluarkan keuntungan yang diperoleh, sebaliknya diminta untuk membuat pembayaran tambahan,” katanya.

Tambah Mohd. Sohaimi, mangsa membuat laporan polis kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya