Reman suspek tikam penyanyi 14 kali dilanjut tujuh hari lagi - Utusan Malaysia

Reman suspek tikam penyanyi 14 kali dilanjut tujuh hari lagi

LOKASI penyanyi sambilan ditemukan mati dipercayai dibunuh kekasih gelapnya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga, Seksyen 1, Pokok Mangga, Melaka, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perintah tahanan reman terhadap suspek kes pembunuhan seorang penyanyi sambilan di sebuah rumah teres di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, bulan lalu dilanjutkan tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 54 tahun itu akan ditahan reman sehingga 9 Mac ini.

Katanya, ia bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Tempoh tahanan reman terhadap suspek yang sebelum ini bermula 24 Februari lalu sehingga 2 Mac telah dilanjutkan lagi tujuh hari sehingga 9 Mac ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 23 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita yang juga penyanyi sambilan ditemukan mati dipercayai dibunuh kekasih gelapnya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga, Seksyen 1, Pokok Mangga di sini.

Suspek yang turut mengalami kecederaan dipercayai cuba membunuh diri selepas kejadian tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan. Dia kemudiannya ditahan reman selama tujuh hari sebelum tempoh tahanannya dilanjutkan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Taman Sri Aman, Masjid Tanah telah menyewa rumah berkenaan sejak enam bulan lalu, sementara suaminya menetap di Kuala Lumpur.

Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, tiga tikaman di bahagian muka, 10 di dada, lengan dan tangan serta satu lagi pada betis kanan.

Selain itu, terdapat juga kesan luka hiris pada dada dan tangan kiri serta lebam di bahagian dahi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya