Remaja maut kemalangan pada hari lahir

Remaja maut kemalangan pada hari lahir

ZULKEPLY Ayob menunjukkan gambar Muhammad Aiman Amirul yang maut dalam kemalangan di Kilometer 19.3, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang remaja menghembuskan nafas terakhir pada hari lahirnya apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kilometer 19.3 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi malam tadi.

Difahamkan Muhammad Aiman Amirul Rashid, 19, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Bukit Pelali menuju rumah keluarganya di Felda Air Tawar 5, dekat sini.

Bapa tirinya, Zulkeply Ayob, 40, bergegas ke lokasi kejadian bersama isterinya dan mendapati anak bongsu daripada empat beradik itu sudah meninggal dunia.

“Saya sudah anggap arwah macam anak sendiri kerana sudah menjaganya sejak usia enam tahun. Saya sempat ucap selamat hari lahir tengah hari semalam kepadanya

“Tidak sangka pula malam tadi isteri beritahu dia maut dalam kemalangan. Saya memang selalu pesan agar berhati-hati bawa motosikal, tambahan pula sekarang musim hujan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) hari ini.

Zulkeply berkata, arwah juga sudah menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Syawal.

“Dia sudah beli baju Melayu warna merah hati untuk Hari Raya Aidilfitri. Warna itu adalah warna tema keluarga kami tahun ini namun dia tidak sempat memakainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kemalangan itu pada pukul 8.40 malam.

“Dalam kemalangan tersebut, penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit menghala ke arah Kota Tinggi. Setibanya di lokasi kemalangan motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghalang yang berada di bahu jalan. 

“Akibatnya, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya