Reformasi tak boleh dilakukan tergopoh-gopoh - PM

Reformasi tak boleh dilakukan tergopoh-gopoh – PM

Reformasi
ANWAR Ibrahim berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Proses reformasi dan perubahan pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak boleh dilakukan secara tergopoh-gopoh sebaliknya dengan berhati-hati supaya memberi kesan baik kepada masa depan negara.

Dasar tersebut jika dilakukan secara tergesa-gesa akhirnya akan menemui kegagalan seperti mana yang berlaku terhadap negara-negara termasuk Perancis dengan dasar Revolusi Perancis pada akhir abad ke-18.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, revolusi perlu dilakukan dengan teliti, jika tergopoh-gopoh, kegagalan akan berlaku seperti mana di Perancis apabila selepas 10 tahun isu kemiskinan masih gagal diselesaikan.

“Kita tegas dengan keputusan kita melaksanakan reformasi, dalam reform ada yang takut reform yang merasakan ia tidak menguntungkan kaum mereka, tetapi dalam kalangan pro reform ada yang kurang sabar dan saya hendak ajak rakan-rakan gunakan kebijaksanaan.

“Semua revolusi dalam sejarah itu tidak berjaya kalau pimpinannya itu gopoh dalam melaksanakan perubahan. From the French Revolution we have learned, kalau dilaksanakan perubahan terlalu mendadak, dia melahirkan Maximilien Robespierre and The Reign of Terror.

“10 tahun selepas revolusi Perancis, nasib rakyat miskin masih kekal tidak terbela. Kerana pimpinannya bergelut bergaduh soal reform, tidak fikir soal rakyat,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18, hari ini.

Tambahnya, situasi sama juga berlaku yang menyebabkan perpecahan Czech dan Slovakia, apabila pimpinannya terdahulu membuat perubahan yang mendadak, namun gagal.

Selain itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menempelak pihak yang berterusan memegang persepsi DAP sebagai tidak mendukung orang Melayu.

“Ya, tidak mudah sebab itu saya mulakan dengan menyatakan semalam saya dengan perhimpunan Melayu (pertemuan Majlis Amanah Rakyat (Mara)) dan hari ini dengan DAP yang pada persepsi orang Melayu itu tidak mendukung orang Melayu.

“Yang itu kita harus navigate, pertama nyatakan yang benar, kedua nyatakan dengan berani dan tegas dan ketiga katakan kita tak ada pilihan. Tidak ada negara di dunia, saya harus tegaskan yang berhasil kalau diizinkan suara dan laungan kaum itu berterusan. Itu yang pertama.

“Kita ambil keputusan yang betul dan kita berada di landasan yang betul,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya