Rayuan Syed Saddiq: Bella mohon doa terbaik 

Rayuan Syed Saddiq: Bella mohon doa terbaik 

BELLA mengiringi Syes Saddiq di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon doa terbaik daripada orang ramai dalam pendengaran rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dihadapi oleh ahli Parlimen Muar itu. 

Bagaimanapun, Bella yang diiringi oleh seorang pengawal peribadi wanita itu enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai prosiding yang berlangsung pada hari ini. 

“Saya tak boleh komen sebab saya nak menghormati keputusan mahkamah, jadi kita tunggu esok ya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Istana Kehakiman di sini hari ini. 

Terdahulu, Bella dilihat keluar secara beriringan bersama Syed Saddiq dari Istana Kehakiman sekitar pukul 3 petang dengan ditemani beberapa individu. 

Dalam pada itu, ditanya sama ada kehadirannya ke mahkamah hari ini kerana diajak oleh Syed Saddiq atau atas dasar persabahatan, Bella secara ringkas menjelaskan ia atas semua faktor. 

“Semuanya. Wakil (dari) Primavalet pun datang juga,” katanya. 

Bella juga dijangka hadir sekali lagi esok ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu. 

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Syed Saddiq berhubung sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Pada permulaan prosiding yang bermula pukul 12.15 tengahari, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, mahkamah akan mendengar hujahan daripada pihak perayu (Syed Saddiq) terlebih dahulu yang kemudian hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden esok.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya