Ratu tari Bollywood yang tidak tergugat - Utusan Malaysia

Ratu tari Bollywood yang tidak tergugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HADIRLAH ratusan aktres baharu di India, sekalipun tidak akan menggugat status Madhuri Dixit sebagai ratu tari Bollywood.

Jika dinilai dari sudut kemahiran menari, belum ada mana-mana pelakon wanita yang mampu menandingi pelakon jelita berusia 57 tahun ini.

Malah, pelakon yang terkenal dengan senyuman menawan itu dijulang dan diagung-agungkan pelakon lama dan baharu kerana kebolehan dan bakat menari semula jadi yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Sepanjang lebih empat dekad karier dalam layar perak Bollywood, Madhuri mencipta momen istimewa menerusi babak tarian ikonik yang diperkatakan peminat sehingga ke hari ini.
Berikut tiga babak tarian Madhuri Dixit yang mencipta fenomena dalam dunia perfileman India.

1. Ami Je Tomar 3.0

Peluang menari disamping Madhuri Dixit adalah mimpi jadi kenyataan buat pelakon, Vidya Balan.

Apatah lagi momen itu diabadikan menerusi lagu bertaraf ikonik, Ami Je Tomar, yang diberi nafas baharu menerusi filem komedi seram, Bhool Bhulaiyaa 3.

Vidya menyifatkan peluang bukan sahaja berlakon, malah menari dengan bintang bertaraf megastar itu sebagai momen penting kepadanya yang sedari kecil bercita-cita menjadi seorang Madhuri Dixit.

“Ia pengalaman bermakna. Bayangkan saya diberi peluang berkongsi lensa dengan Madhuri Dixit.

“Tentunya saya gemuruh apabila digandingkan dengan seorang penari yang cukup hebat. Tapi disebabkan itu saya kerja keras agar peluang ini tidak saya sia-siakan.

“Madhuri bukan seorang penari, tapi dialah seni tari itu sendiri,” katanya.

2. Kay Sera Sera

Satu lagi sejarah industri perfileman India tercatat apabila dua ikon tarian iaitu Madhuri Dixit dan Prabhu Deva disatukan buat pertama kalinya menerusi salah sebuah lagu dalam filem Pukar iaitu Kay Sera Sera.

Gandingan dua nama besar itu mencipta fenomena sekali gus membuatkan tarian mereka dalam lagu tersebut menjadi ikutan sampai ke hari ini.

Prabhu, yang juga seorang aktor dan pelakon Tamil yang disegani, turut mengagumi bukan sahaja bakat malah kesungguhan Madhuri dalam menghidupkan tariannya.

“Saya terbabit sebagai koreografer tarian dalam filem selama berbelas tahun dan Madhuri Dixit antara sebab mengapa saya bersetuju untuk menari dalam lagu ini.

“Ketika melihat Madhuri menari, anda ibarat menyaksikan api dan kilat bercantum. Dan apa yang saya dengar tentang beliau adalah benar, beliau adalah seorang pelakon yang sangat rajin dan komited,” katanya.

Madhuri juga cukup mengagumi Prabhu yang terkenal dengan gelaran Michael Jackson India. Katanya, dia juga gemuruh apabila diminta menari bersama Prabhu dalam lagu berkenaan.

“Saya menari dengan ramai aktor namun agak ketakutan apabila digandingkan dengan Prabhu Deva.

“Namun ia menjadi pengalaman yang cukup bermakna sepanjang karier saya,” katanya.

3. Dance of Envy

Peminat filem Dil To Pagal Hai pastinya tidak dapat melupakan momen penting dalam filem tersebut yang menyaksikan Karishma Kapoor dan Madhuri Dixit beradu tenaga menunjukkan kehebatan tarian masing-masing.

Babak tersebut juga menjadi ikonik dan diperkatakan ramai sehingga muncul peminat yang membanding-bandingkan kebolehan tarian dua pelakon tersebut.

Bercakap kepada media tempatan, Karisma memaklumkan hampir mengikut jejak empat aktres lain yang menolak tawaran berlakon Dil To Pagal Hai kerana adanya Madhuri Dixit dalam filem tersebut.

“Pada awal saya hampir menolak watak Nisha itu kerana ramai pelakon perempuan sebelum itu menolak bergandingan dengan pelakon dan penari hebat seperti Madhuri Dixit.

“Saya pada awal memang tidak bersedia untuk berdepan Madhuri. Tetapi ibu saya menyuruh saya bekerja keras dan terima cabaran. Itu,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya