Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen pastikan legislatif bebas, berdaulat - Anwar

Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen pastikan legislatif bebas, berdaulat – Anwar

ANWAR IBRAHIM - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 mampu memastikan Parlimen berfungsi dengan bebas dan berdaulat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU itu juga dapat memastikan Parlimen menjalankan tugas dan tanggungjawab lebih berkesan dalam menjaga kepentingan rakyat. 

“Pindaan ini bukan kecil sebab ia memperkukuhkan prinsip doktrin pengasingan kuasa supaya berfungsi dan kekal berdaya saing.

“Ini reformasi yang dituntut dengan ketegasan dan tekad politik madani yang mengusulkan RUU ini,” katanya ketika bacaan kali kedua RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah penting dalam mereformasi institusi demokrasi negara.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah langkah pertama dalam usaha ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi utama negara, iaitu Parlimen.

Sebelum ini, pertubuhan masyarakat sivil yang mendesak untuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen menggesa Putrajaya telus dengan draf akhir rang undang-undang itu.

Akta Perkhidmatan Parlimen mula digubal pada tahun 1963, hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia.

Ia membenarkan Parlimen bertindak sebagai badan yang benar-benar bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya